Monday, December 14, 2009

Kursus Pengurusan Hal Ehwal Pelajar

Guru Penolong Kanan HEM dan Guru SPBT Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor mengikuti Kursus Pengurusan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar yang diadakan di Hotel Pelangi, Muar. Program ini berlangsung dari 14 - 16 Disember 2009. Semua guru yang terlibat dikehendaki menyediakan dokumen dalam bentuk blog. Ia bertujuan untuk memberikan anjakan paradigma terhadap pengurusan hal-hal yang berkaitan murid. Terima kasih kepada penceramah (Ustaz Zulkifli bin Mohamad Noh dan Ustaz Muhammad Sofian bin Yusuf) yang membantu menjayakan program ini.
Readmore »

Kursus Modul Kepimpinan





Peserta-peserta kursus mengharungi pelbagai aktiviti lasak. Objektif kursus ini adalah ingin menjelmakan seorang pemimpin yang boleh dan mampu mengharungi masalah serta berjaya menyelesaikan masalah secara berhemah dan bijaksana.
Readmore »

Kursus Pengurusan Disiplin


Peserta-peserta sedang asyik mendengar penceramah berkaitan pengurusan dan pentadbiran disiplin. Kursus ini adalah untuk memperkasakan pengurusan disiplin di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor. Guru-guru yang terlibat secara langsung di dalam membina, membentuk dan mentarbiayah pelajar agar boleh mengurangkan masalah disiplin yang sederhana. Walaupun begitu pihak pengurusan dan pentadbiran berusaha untuk melihat agar pelajar-pelajar tidak terlibat dengan kesalahan berat ataupun jenayah. Harapan adalah sifar kesalahan. Program ini diadakan di Mutiara Motor Resort, Tanjung Sedeli, Kota Tinggi.
Readmore »

Kem Remaja Cintai Rasulullah SAW





Perkhemahan ini diadakan di Semberong Adventure, Ayer Hitam, Kluang pada 26 dan 27 Mac 2009. Tujuan program ini adalah menanamkan sifat rasa cinta kepada junjungan besar nabi kita Muhammad SAW. Pelbagai aktiviti yang adakan, sama ada berbentuk indoor mahu pun outdoor. Sasaran adalah pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor.





Readmore »

Bengkel Skim Pinjaman Kitab

Bengkel ini diadakan pada 14 Disember 2009, bertempat di Pusat Kegiatan Guru Agama, Daerah Muar. Semua Penolong Pegawai Pendidikan Agama serta Penyelia Pendidikan Agama Daerah diundang hadir bagi tujuan pengemaskinian data keperluan kitab-kitab murid Sekolah Agama Kerajaan Johor. Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang menjayakan perbengkelan ini khususnya kepada Penolong Pegawai Seksyen HEP, UPPK, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor dan urusetia. Semoga usaha murni ini diberkati oleh Allah Taala. Kitab-kitab akan dibekalkan pada semua murid yang layak menerima skim tersebut pada awal persekolahan dibuka.
Readmore »

Temubual Khas


Temu bual dengan tokoh khas sempena Sambutan Hari Guru Agama peringkat negeri Johor. Tokoh tersebut yang ditemu bual adalah bekas seorang wakil rakyat iaitu Yang Berhormat Dato' Haji Yusuf bin Malim Kuning.
Readmore »