Monday, December 14, 2009

Bengkel Skim Pinjaman Kitab

Bengkel ini diadakan pada 14 Disember 2009, bertempat di Pusat Kegiatan Guru Agama, Daerah Muar. Semua Penolong Pegawai Pendidikan Agama serta Penyelia Pendidikan Agama Daerah diundang hadir bagi tujuan pengemaskinian data keperluan kitab-kitab murid Sekolah Agama Kerajaan Johor. Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang menjayakan perbengkelan ini khususnya kepada Penolong Pegawai Seksyen HEP, UPPK, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor dan urusetia. Semoga usaha murni ini diberkati oleh Allah Taala. Kitab-kitab akan dibekalkan pada semua murid yang layak menerima skim tersebut pada awal persekolahan dibuka.

0 comments:

Post a Comment