Wednesday, October 27, 2010

Skim Insentif Tahfiz

Program ini adalah merupakan memotivasikan pelajar-pelajar agar dapat menghafaz al-quran mengikut juzuk-juzuk yang mesti mereka hafaz.
Readmore »

Sunday, July 11, 2010

Lawatan Kerja PROMAS Ke SMA Tarbiah Islamiah

Pada 8 Julai 2010, 3.30 petang, beberapa pegawai Bahagian Pendidikan dan guru-guru Sekolah Menengah Agama mengadakan lawatan bagi tujuan melihat suasana pengurusan dan pentadbiran asrama sekolah tersebut.
Readmore »

Lawatan Kerja PROMAS Ke SMA Jawahir Al-Ulum

Pada 8 Julai 2010, 9.30 pagi beberapa pegawai Bahagian Pendidikan dan guru-guru dari sekolah-sekolah menengah agama mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Agama Jawahir Al-Ulum bagi meninjau dan melihat suasana pentadbiran dan pengurusan asrama di sekolah berkenaan. Tahniah kepada pihak pentadbiran sekolah yang dapat menguruskan asrama dengan baik walaupun banyak kekurangan. Namun berjaya mentadbir urus.
Readmore »

Monday, April 26, 2010

Lawatan Kerja Ke SMA Tinggi Maahad Pontian







Pada 20 April 2010, pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor dan Pejabat Pendidikan Agama Daerah, Pontian telah hadir ke SMA Tinggi Maahad Pontian bagi tujuan melihat dan meninjau program PROMAS. Disepanjang lawatan tersebut beberapa usaha telah dilaksanakan bagi menceriakan asrama dan bilik operasi SPBT.
Readmore »

Sunday, April 25, 2010

Lawatan Kerja Ke SMA Tinggi Maahad Johor







Pada 14 April 2010, Pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor dan wakil-wakil dari sekolah-sekolah menengah agama telah hadir ke SMA Tinggi Maahad Johor, Johor Bahru bagi menjayakan program PROMAS. Tahniah pihak sekolah yang dapat menguruskan pengurusan dan pentadbiran asrama dengan baik
Readmore »

lawatan Kerja Ke SMA Kota Tinggi

Pada 6 April 2010, beberapa pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor dan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kota Tinggi telah menghadiri program PROMAS di SMA Kota Tinggi. Terdapat juga pihak Jemaah Pengurusan Sekolah yang turut hadir untuk meraikan program tersebut.
Readmore »

Lawatan Kerja Ke SMA Al-Khairiah Al-Islamiyah, Mersing




Pada 30 Mac 2010, Pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor yang diketuai oleh Tuan Haji Suliman bin Dumang, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan JAJ dan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing telah hadir program PROMAS ke SMA Al-Khairiah Al-Islamiyah, Mersing. Sewaktu lawatan diadakan semua pihak memberikan kerjasama yang baik. Tahniah, kepada pihak sekolah yang memberikan kerjasama yang baik.
Readmore »

Lawatan Kerja Ke SMA Kerajaan Johor, Kluang




Pada 3 Mac 2010, Beberapa Pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor dan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang telah hadir ke SMA Kerajaan Johor, Kluang bagi meneruskan program (PROMAS).
Readmore »

Sunday, February 28, 2010

Lawatan Kerja PROMAS Ke SMA Parit Raja

Pada 25 Februari 2010, hari Khamis pihak Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor yang diketuai oleh Tuan Haji Nasir bin Abdul Wahid dan beberapa pegawai daripada Ibu Pejabat dan daerah telah mengadakan lawatan kerja Program Mesra Asrama ke Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Sewaktu sesi pemantauan ke asrama pelajar putera dan puteri telah dapat dijalankan dengan jayanya. Dapatan yang diperolehi sewaktu lawatan tersebut pihak sekolah dapat melakasanakan hasrat jabatan untuk menjadikan asrama dan warga pelajarnya adalah baik dan cemerlang dari sudut pengurusan dan pentadbiran di asrama. Tahniah kepada Pengetua (Tuan Haji Turijan bin Sikir) dan warga sekolah yang dapat melaksanakan dengan baik.
Readmore »

Tuesday, February 16, 2010

Mesyuarat PROMAS

Mesyuarat Pelaksanaan Program Mesra Asrama (PROMAS) Sekolah-sekolah Menengah Agama akan diadakan pada 18 Februari 2010. Bertempat di Bilik Mesyuarat, Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Semua Guru Penolong Kanan HEM dan warden asrama dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut.
Readmore »

Mesyuarat SPBT

Mesyuarat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kali pertama Sekolah-sekolah Rendah Agama Bersepadu Negeri Johor bagi tahun 2010 pada 25 Januari 2010 yang diadakan di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru. Semua Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Kanan SPBT hadir kecuali daerah Pontian yang tidak dapat hadir kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat dapat dijalankan dengan baik serta lelong buku dapat dijalankan. Walau bagaimanapun masih terdapat buku yang kurang. Keputusan mesyuarat bersetuju agar pihak sekolah memohon bantuan di Pejabat Pelajaran Daerah. Setakat ini, pihak Bahagian Buku Teks, KPM, Jabatan Pelajaran Johor serta Pejabat Pelajaran Daerah memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan agenda pendidikan negara. Bahagian ini juga, berterima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan selama ini.
Readmore »

Mesyuarat SPBT

Mesyuarat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kali pertama Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor bagi tahun 2010 telah diadakan pada 21 Januari 2010 bertempat di Sekolah Menengah Agama Arabiah, Kluang. Semua Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Kanan SPBT diundang hadir untuk membincangkan hal berkaitan buku teks dan perkara-perkara pentadbiran yang berkait tentang pengurusan bilik BOSS dan pengurusan asrama. Sebelum mesyuarat dimulakan sesi lawatan ke Bilik BOSS SMA Arabiah, Kluang telah diadakan bagi meninjau serta berkongsi maklumat, seterusnya menjayakan hasrat kerajaan untuk mencapai pengurusan dan pentadbiran buku teks dengan cemerlang. Selain itu juga, ahli-ahli mesyuarat berpeluang juga melihat dan menyaksikan pentadbiran sekolah di ddalam mengurus dan mentadbir asrama di sekolah ini. Seksyen Hal Ehwal Pelajar, Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya mentadbir urus kedua-dua pengurusan buku teks dan asrama dengan baik. Harapan Seksyen ini, agar semua Sekolah-sekolah Menengah Agama perlu bersedia di dalam memastikan segala pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah baik dan teratur. Begitu juga, pihak Bahagian Pendidikan akan sentiasa meminta laporan dari semasa ke semasa untuk menilai dan mengenalpasti keperluan yang boleh diberikan dan disalurkan mengikut peruntukan dan keperluan sedia ada.
Readmore »