Tuesday, February 16, 2010

Mesyuarat SPBT

Mesyuarat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kali pertama Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor bagi tahun 2010 telah diadakan pada 21 Januari 2010 bertempat di Sekolah Menengah Agama Arabiah, Kluang. Semua Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Kanan SPBT diundang hadir untuk membincangkan hal berkaitan buku teks dan perkara-perkara pentadbiran yang berkait tentang pengurusan bilik BOSS dan pengurusan asrama. Sebelum mesyuarat dimulakan sesi lawatan ke Bilik BOSS SMA Arabiah, Kluang telah diadakan bagi meninjau serta berkongsi maklumat, seterusnya menjayakan hasrat kerajaan untuk mencapai pengurusan dan pentadbiran buku teks dengan cemerlang. Selain itu juga, ahli-ahli mesyuarat berpeluang juga melihat dan menyaksikan pentadbiran sekolah di ddalam mengurus dan mentadbir asrama di sekolah ini. Seksyen Hal Ehwal Pelajar, Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya mentadbir urus kedua-dua pengurusan buku teks dan asrama dengan baik. Harapan Seksyen ini, agar semua Sekolah-sekolah Menengah Agama perlu bersedia di dalam memastikan segala pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah baik dan teratur. Begitu juga, pihak Bahagian Pendidikan akan sentiasa meminta laporan dari semasa ke semasa untuk menilai dan mengenalpasti keperluan yang boleh diberikan dan disalurkan mengikut peruntukan dan keperluan sedia ada.

0 comments:

Post a Comment