Tuesday, February 16, 2010

Mesyuarat SPBT

Mesyuarat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kali pertama Sekolah-sekolah Rendah Agama Bersepadu Negeri Johor bagi tahun 2010 pada 25 Januari 2010 yang diadakan di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru. Semua Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Kanan SPBT hadir kecuali daerah Pontian yang tidak dapat hadir kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat dapat dijalankan dengan baik serta lelong buku dapat dijalankan. Walau bagaimanapun masih terdapat buku yang kurang. Keputusan mesyuarat bersetuju agar pihak sekolah memohon bantuan di Pejabat Pelajaran Daerah. Setakat ini, pihak Bahagian Buku Teks, KPM, Jabatan Pelajaran Johor serta Pejabat Pelajaran Daerah memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan agenda pendidikan negara. Bahagian ini juga, berterima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan selama ini.

0 comments:

Post a Comment