Pada 25 Februari 2010, hari Khamis pihak Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor yang diketuai oleh Tuan Haji Nasir bin Abdul Wahid dan beberapa pegawai daripada Ibu Pejabat dan daerah telah mengadakan lawatan kerja Program Mesra Asrama ke Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Sewaktu sesi pemantauan ke asrama pelajar putera dan puteri telah dapat dijalankan dengan jayanya. Dapatan yang diperolehi sewaktu lawatan tersebut pihak sekolah dapat melakasanakan hasrat jabatan untuk menjadikan asrama dan warga pelajarnya adalah baik dan cemerlang dari sudut pengurusan dan pentadbiran di asrama. Tahniah kepada Pengetua (Tuan Haji Turijan bin Sikir) dan warga sekolah yang dapat melaksanakan dengan baik.
Readmore »